Salam Kengkawan malam ni akak share sikit
tentang frame bunga ros lagi. Minggu lepas masa
breaktime, hari Jumaat masa rehat kan panjang
sikit, ikut kawan gi Amcorp Mall, masuk Romantika
takde pe nak beli, habis tu naik tingkat 1 kedai
cenderahati, kedai ni memang jual barang2
dari oversea, memang mahal giler, tapi masa
akak masuk tu dia kata ada potongan
15%, belek punya belek, pilih punya pilih
akhirnya beli jugak 3 pasang frame gambar,
bunga ros dan english cottage, tak besar
manapun semuanya comel- comel, oklah
kita cuci mata...
Pandangan dari jauh, frame yang kat atas tu
frame lama, yang kat bawah tu yang baru
tambah...
Gambar dekat yang atas lama, bawah
baru jadi dua tingkatlah kira-kiranya
Gambar close-up minat sangat
dengan bunga ros, macam lukisankan
Kalu diteliti betul2 nampak perbezaan
kedua-duanya
Yang plak bulat kat atas tu, cenderahati
dari kawan, datang dari Melbourne
Australia, campur ngan akak punya
frame english cottage yang baru beli tulah
Gambar2 close-up 2 design berbeza
Yang ni pula bunga ros juga, letak kat bilik
tidur akak
Yang tengah2 tu lama punya, dulu dia sorang
sekarang dah ada kawan.
Wednesday, November 11, 2009
FRAME BUNGA ROS DAN ENGLISH COTTAGE
Posted by rozi at 3:44 AM 3 comments
Thursday, November 5, 2009
MORE MIRRORS AND ROSES
Salam kengkawan malam ni akak nak
bagitau yang akak ni memang minat
cermin muka tak kira kecik ke, besar,
bujur, melintang tak kisahlah... Ni
adalah sedikit koleksi cermin muka
akak, bunga ros kecil-kecil kat dalam
bilik. Murah aje harganya, buat tengok
muka semasa bersolek sebelum pegi kerja.
Layan ajelah ye....
Cermin muka dan jewellery box renda2 dan
bunga ros, beli kat Lovely Lace, memang
minat benda2 macam ni...
Ni cermin berkaki bunga ros dan juga
jewellery box pink bunga ros, beli kat
Romantika dan juga Lovely Lace
Cermin besar tak cukup, campur dengan
yang kecik2 pulak....
Cermin muka kat bilik anak dara, cermin
sama dgn emak, yang bujur tu nampak
kosong, lekatkan reben organza
Posted by rozi at 6:14 AM 0 comments
Sunday, November 1, 2009
IDEA KREATIF SIMPLE
Salam kengkawan, malam ni nak cerita sikit, balik rumah rumah
no. 2 ni tak buat apa-apa berehat aje, lepas berkemas, mengemop
lantai, belek majalah pas tu baring2 memang senang lenang,
anak-anak tak mahu ikut, kata diaorang kat sini takde internet
dan kawan. Tiba-tiba datang idea, nak buat sesuatu, dalam
almari ada 4 helai doily, tapi plain aje takde bunga2 langsung.
Akakpun pergi kedai riben lalu belilah bunga ros riben yang
kecil2 tu... lalu akak jahit kat doily yang plain tu dan tepekkan
juga kat lamp shade akak yang plain juga. So nilah hasilnya...
idea simple ku. Doily ni temporary aje, nanti nak order doily
ngan Kakyon jugak... janji mesti ada bunga ros...
Lampu ni juga kena tepek bunga ... nasiblah kau
lampu... janji tuan dia suka....
Inilah rupanya lampu yang dah kena lekat bunga
ros reben, percubaan pertama, lekat bunga kecil2
dulu, kalau bunga besar takut serabutlah pulak
lampu ni...
Gambar close-up
Lamp shade yang plain, tapi ada
jurai-jurai manik....
Dah siap pun doily sempoi akak, bolehlah hias
kat dalam almari ni... sementara aje tau, nanti
nak order juga doily dengan Kakyon...
Ni pulak letak kat atas meja
Dah siap jahit bunga reben... letak empat ketul bunga
Nilah doily plain yang akak katakan tadi
Posted by rozi at 4:35 AM 1 comments