Assamualaikum kengkawan diharap semua dalam
keadaan gembira. Malam ni akak nak share ber-
kenaan akak di interview oleh wartawan dari akhbar
Kosmo dan shooting gambar rumah akak untuk
dimasukkan dalam akhbar mereka untuk ruangan
hiasan dalaman, keluaran hari Ahad (Minggu). HARI
DAN TARIKHNYA AKAN AKAK BERITAHU KELAK.
Wartawan Kosmo Cik Siti Nor Afzan telah terjumpa
add blog akak dalam majalah Anjung Seri, lalu dia
menalipon akak minta kebenaran akak untuk
mengambil gambar rumah akak untuk dimasukkan
dalam akhbar mereka, itulah cerita sebenarnya
untuk pengetahuan kengkawan semua. Oklah
kengkawan disini akak titipkan gambar2 akak
bersama mereka.
Gambar akak semasa diinterview oleh Reporter
Kosmo Cik Siti Nor Afzan Kasiman
Minum petang bersama wartawan Cik Siti Nor
Afzan
Cameraman sedang mengambil gambar sudut2
di rumah akak
Sunday, December 19, 2010
INTERVIEW AND SHOOTING FROM KOSMO NEWSPAPER
Posted by rozi at 3:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
salam rozi..memang patut pun..dari dulu saya suka tengok..cantik..rozi memang berseni..menyusun atur dan menghias
salam Erna, tima kasih banyak2 erna suka tengok rumah rozi, rozi banyak refer majalah dan juga idea sendiri menghias rumah ni erna... anyway taima kasih sekali lagi.
Wahhhh my ex-adik ipar sudah interview rumah kak rozi...tahniah...masuk kosmo lak. Memang cantik pun rumah kak rozi...kemas dan tersusun rapi...
tahniah = mmg cantik
salam zures, ye ke ex-adik ipar zures Siti Nor Afzan tu, dia jumpa blog akak kat majalah Anjung Seri, lepas tengok blog akak, terus dia tipon nak ambik gambar umah akak masuk dlm suratkhabar Kosmo dialah, itulah citernye...
salam Delimasari, tima kasih banyak ucap tahniah... hiasa akak simple aje delima...
Wah Rozie, kau makin glamour skrang ni. Tak teringin ke nak masuk iklan pulak? Manalah tau ada rezeki nnti.
salam Mie, kalu masuk iklan takdelah nampak ye, rozi dah tua, badan dan 2x ganda besarnye hehhehe...
salam x boleh tengok warna pink mesti ingat sAMPAI 1 minggu ,tea pot pink ..cantiknya
salam cik yah, akak mmg minat semua benda warna pink, kalau duduk2 tu akak pun memandanglah semua benda2 ni, seronok rasanye menengok benda cantik2 nikan... tima kasih ziarah dan folow blog akak, nanti bagi add blog cik yah akak folow jugak...
Post a Comment