Tuesday, October 27, 2009

PINK AND CANDY BOWL COLLECTIONS

Malam ini akak nak share dua tiga ketul koleksi candy bowl
akak, memang lama minat mengumpul candy bowl, biasanya
candy bowl dalam bentuk kaca jernih atau crystal, yang
itu adalah tiga empat biji koleksi akak, bukanlah crystal
Bohemian yang mahal giler tu, tapi yang jenama Soga from
Japan
dan Crystal d Arch kurang lebih gitulah... Candy
bowl ni bunganya
ala-ala sikit design RA (OCR) yang famous tu
pada mata akaklah. Nak beli RA masa tu memanglah tak mampu,
pergi cuci mata kat Sogo aje... Bowl ni beli ngan kawan
dan 2 ketul lagi keluaran vantage. Sila jamu mata ye




Yang ni duduk dlm almari, campur sikit dengan
hiasan lain




Gambar close-up, gold rim kat tangkai dan
keliling bowl memang tebal, semuanya ada
6 biji, 2 biji bagi emak dia minta...




Teapot kat tengah2 tu teapot decal akak, saja
selitkan buat kawan bowl ni....





Ni biasa tengokkan, candy bowl keluaran vantage,
yang hiasan kecil2 tu... buat kawan dia sebab
tak banyak 2 ketul aje






Serba sedikit koleksi piring bunga ros pink




Sunday, October 25, 2009

MY LITTLE KITCHEN

Salam kekawan, petang ni akak nak share
tentang little kitchen akak, tulah secoet aje,
rumah apartment tak besar, tak boleh nak
letak barang banyak2, ruangnya terhad.
Kitchen akak ada ambil serba sedikit idea
Lynncottage, bolehkan Lynn akak share....







Kabinet ni memanjang aje....




Idea letak tin jug dan tin2 kat atas kabinet tu ambil
idea dari Lynncottage, berkenan akak ngn kitchen dia





Nilah koleksi tin secipot akak, hajat hati nak
beli banyak, tapi takde tempat nak letak,
letak kat microwave oven ni saje.....





Mum's kitchen yang tergantung ni beli ngan Wana,
dari rainhouse..




Antara sudut-sudut kat kitchen kecil ku










HIASAN SELEPAS RAYA

Hari Raya dah berlalu, seperti biasa Kak Rozi
akan tukar sarung kusyen. Akak memang minat
sarung kusyen, ada banyaklah juga koleksi akak,
biasalah, apa lagi kalau tak design bunga ros
selalunya warna lembut jadi pilihan akak.
Untuk pengetahuan kawan-kawan rumah ni
rumah no. 2 akak (rumah rehatlah kira-kiranya)
biasanya akak balik pada hujung minggu,
hari biasa rumah no.1. Hiasan rumah no. 1 akan
menyusul kemudian, pasal hiasannya english campur
melayu hahaha...



Rasa tak puas hati tukar kusyen yg tengah2 tu
ngan kusyen cross stitch




Sarung kusyen yang ditengah2 tu Kak Rozi jahit sendiri
cross stitch, ada dua tiga koleksi, semuanya bunga ros.











Wednesday, October 21, 2009

MIRROR TWO IN ONE (2 IN 1)

MIRROR, MIRROR ON THE WALL


Salam Kak Rozi nak share ngan kawan-kawan hari ni
tentang cermin Kak Rozi, ada dua function, satu boleh buat
tengok muka, dan satu lagi boleh buat frame gambarlah
kira-kiranya.... Kalau ada sesiapa berminat bolehlah contact
Akak. Corak dan bunga boleh pilih sendiri kami akan lukiskan.
Kalau tengok betul2 lagi cantik, bunganya timbul...





Gambar dari pandangan hadapan, sorrylah gambar
separuh aje, Kak Rozikan minat bunga ros jadi
designnya suruh buat bunga ros jugalah, demam bunga
ros tak sudah-sudah....hahaha...






SORRY..... Interupt sedikit
Punyalah tak sengaja, terlupalah pulak pada anak-anak
dara ni yang dtg ziarah akak kat rumah hari raya baru lepas,
yang tudung belang-belang tu anak gadis akak ngan kawan-kawan
dia satu hostel, sorry aunty terlupa...
Masa tu akak jadi tukang masak tak dan nak pakai lawa...

My Wall Decorations


Ini adalah hiasan dinding pertama kak Rozi, english cottage

dah lama beli, kat Sogo, tulisan kat belakang tulis
made in England , masa tu suka sangat lalu beli, boleh
tahan juga harganya, takpe biar menyesal beli jangan
Menyesal tak belikan ha-ha-ha.....



Ni lagi satu hiasan dinding akak, koleksi teko,
beli kat Vantage je, minat pasal comel..

oklah tu jelah koleksi cipot akak.

Wednesday, October 14, 2009

Deman Raya - Open House Lagi

Deman raya masih belum reda lagi -banyak jugalah Kak Rozi gi open house rumah sedara mara dan kawan-kawan dan juga mereka yang datang kat rumah Kak Rozi. Kak Rozi tak buat open house, siapa yang datang Kak Rozi akan masak untuk mereka, masak resepi simple-simple aje, janji makan.



Jiran terapat macam keluarga sendiri iaitu Liza dan
mummy dia Mak Ros datang berhari raya di rumah Kak Rozi.




Inilah satu-satunya family dan harta bagi Kak rozi iaitu keluarga abang sebab Kak Rozi tak ramai adik beradik hanya dua orang. Empat orang inilah saje anak buah Kak Rozi dan kesayangan kami sekeluarga dan mereka inilah yang akan memeriahkan kami bila hari raya tiap-tiap tahun. Yang baju biru tu dia soranglah satu-satunya kakak ipar Kak Rozi, tolong Kak Rozi masak rendang tiap-tiap tahun pada hari raya. Doa Kak Rozi mereka sekeluarga dilimpahi rahmat dan berbahagia selalu.





Semua yang duduk atas kerusi family Normadiah jiran baik Kak Rozi
dan semua yang duduk di bawah adalah anak-anak dan juga ibu Kak Rozi.





Kalau nak kenal Kak Rozi yang tengah-tengah bertudung coklat. Yang baju pink(Ana) dan putih(Faezah) sepupu Kak Rozi geng kelakar, pecah perut kalau jumpa. Yang baju hijau tu mummy Kak Rozi kelakar orangnya kalau dah kenal.




Ni gi rumah kawan baik kat Rawang, yang pegang baby tu Nor memang kawan baik macam adik sendiri, yang berbaju merah tu Salimah kawan satu department, sama minat decor ngan Kak Rozi.



Saturday, October 10, 2009

Koleksi Tea Set





- Sorry lah gambar tersenget sikit.




- Semuanya beli kat Romantika je and Kedai Ram's
di Langkawi masa pergi holiday bulan Jun lalu.
- Buat sementara waktu display teaset ini dulu.
-Tak sabar tunggu Royal Albert Tea Set (Old Country Roses)

dari Fa Beautiful Pottery. Puan Mimi kalau Teaset dah sampai
call Rozi.





My Little House II

Hiasan Dalaman











Thursday, October 8, 2009

My Little House

Salam perkenalan diucapkan. Kak Rozi ingin berkongsi minat terhadap hiasan dalaman berkonsepkan gaya Inggeris. Hiasan dalaman Kak rozi hanya yang simple-simple saja.Untuk pengetahuan semua Kak Rozi adalah penggemar bunga ros terutamanya bunga ros pink jadi kebanyakan hiasan dalaman Kak rozi banyak dihiasi dengan hiasan corak bunga ros. Kak rozi menyertai blog ini hanyalah untuk berkongsi minat yang sama kepada teman-teman yang sama-sama meminati gaya hiasan berciri Inggeris. Rumah Kak Rozi taklah besar, apartment saja, jadi hiasannya pun simple-simple saja.Disini Kak rozi sisipkan beberapa koleksi hiasan di rumah Kak Rozi.









Rozie's Little Cottage


ShoutMix chat widget